Friday 29 November 2013

CINta Dan JoDOH...

                  Salamun alaik,

''Aku cinta padamu''
''Saranghaeyo''
''Ana uhiibbuka/ki''
''I love you''

   Perkataan2 di atas kita akan sebut bila kita rasa kasih dan syg pada seseorng serta ingin hidup bersamanya.Dalam erti kata yg mudah kita ingin ''berkahwin'' dgn mereka.Walaubagaimanpun,ada juga yg mempergunakan perkataan2 di ats utk memenuhi nafsu mereka dan sekadar suka2.Bila perkara ini terjadi,maka kesucian cinta itu dicabuli oleh mulut2 mereka yg manis bicaranya didorongi hasutan syaitan yg licik.Nauzubillahi min zalik..

     Cinta dan jodoh bagaikan isi dan kuku..yelah kalo tdk ada jodoh masakan ada cinta melainkan cinta itu bukan dibina ats dasar iman.ISLAM menggalakkan umatnya bercinta selepas kahwin itu lebih afdhal supaya diri kita tdk terjebak dgn maksiat2 halus.Bila ada jodoh baru cinta itu akan mekar selepas berkahwin.

    Sekiranya kita tdk mengambil apa yg ISLAM sarankan maka kita akan merasai bnyk kekecewaan dan penderitaan disebabkan kita ikut jalan yg salah.Sbg contoh,kita jatuh cinta dgn seseorang tapi kita tak pasti sama ada itu jodoh kita atau tdk dan kita cuba menjadi psngn yg baik sebaik mungkin serta snggup  berkorban apa sahaja sebelum berkahwin,tetapi apakan daya tiba2 hubungan kita terputus di tengah jalan disebabkan ketidakserasian dan sbgnya,kesannya mungkin psngn kita tertekan dan kecewa atau kita sebaliknya.Kemudian kita jatuh cinta dgn orng lain dan kecewa sekali lagi  dan jatuh cinta lagi dgn orng lain dan kecewa lagi dan jatuh cinta dgn orng lain lagi sehingga kita betul2 bertemu dgn jodoh kita..MasyaALLAH.
 
      Cuba kita byngkn sepanjng hayat kita hanya dipenuhi dgn cinta manusia sahaja apabila kita meletakkan cinta pada manusia itu nbr 1 berbndg ALLAH AZZA WAJALLA.Bila situasi ini berlaku hati kita akn sakit dan kecewa sbb kita tdk ikut apa yg Islam sarankan ke ats kita dan kita lebih percaya cinta manusia itu lebih penting berbanding ALLAH.Sbg contoh ada yg snggup bunuh diri dan menyakitkan diri sendiri kerana cintanya pada manusia.Inilah kesannya jika kita meletakkan level cinta ALLAH di level yg ke2.Nauzubillahi min zalik.





    Soal jodoh pula,bagaimana nak cari jodoh kita kalo bukan dgn cara bercouple?
 persoalan ini sering kali berlegar di fikiran kita..Aah mcm mane nak kenal kalo xbercouple??jadi sama2 kta renungkan,,Adkh dgn cara kita bercouple kita dpt menentukan dia jodoh kita?Adkh dgn bercouple kita dpt melawan takdir ALLAH yg dia bukan jodoh kita??

     Kadang2 bila kita bercouple,bnyk penipuan akn berlaku sbb kita ingin kelihatan baik di hadapan pasangan kita.Masing2 akan cuba bawa watak yg terbaik agar dpt memenangi hati pasangan masing2 tapi pernah x kita terfikir sejauh mana penipuan itu akan terus dilakukan dan besar kemungkinan selepas berkahwin kita akn tunjukkan akhlak kita yg sebenar.Effect nyer,kebahagiaan rumah tangga tdk kekal kerana kita x mengikut apa yg Islam sarankan yakni ''BERCINTA SELEPAS KAHWIN''.

      Memang tdk dpt dinafikan Jodoh itu ketentuan ALLAH tapi kita sbg manusia boleh memilih jodoh kita dgn cara ISLAM ajarkan yakni dgn berdoa.Sekiranya kita minat atau suka akan seseorang mintalah dgn ALLAH terlebih dahulu  untuk tunjukkan  jodoh kita yang terbaik sebelum kita meminta pada empunya dirinya kerana takut atau dikhuatiri diri kita cenderung untuk melakukan yang mungkar.Ingatlah firman ALLAH:

وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُون

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul." (Al-Baqarah Ayat 186)
         
وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِي سَيَدْخُلُون جَهَنَّمَ دَاخِرِين

"Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina." (Ghaafir Ayat 60)

    Ingatlah dgn cara berdoa itu satu pendekatan yg lebih baik buat kita dalam mencari jodoh.Solat istikharah pula adalah satu jalan yang terbaik buat kita untuk mengikuti jalan yg menepati syarak utk mencari jodoh kita  kerana pilihan ALLAH itu lebih baik berbanding kita kerana DIA mencipta kita. Akhir sekali jgn risau kerana setiap dari kita ada pasangannya kerana janji ALLAH itu pasti  dan yakinlah dgn ALLAH. Firman ALLAH S.W.T :

وَمِنْ كُلِّ شَيْءٍ خَلَقْنَا زَوْجَيْنِ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ
Dan segala sesuatu kami jadikan berpasang-pasangan, supaya kamu mengingat kebesaran Allah.”  [ Adz Dzariyaat 49].


وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُمْ مَوَدَّةً وَرَحْمَةً إِنَّ فِي ذَلِكَ لآيَاتٍ لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ

Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berpikir.” [Ar. Ruum21].