Saturday 7 July 2012

Kata2 seorang sahabat......=0)

" Pada hari itu sahabat-sahabat karib: setengahnya akan menjadi musuh 


kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya

berdasarkan taqwa (iman dan amal salih). "


Apabila seseorang muslim itu bersahabat kerana Allah swt, persahabatan 



mereka akan dibenci dan diganggu oleh syaitan Laknatullah, kerana 


syaitan cukup benci kepada sebuah ikatan kerana ALLAH, maka, dia akan 


sentiasa mengganggu dan memporakperandakan persahabatan itu, ia akan 


memperlihatkan pelbagai kelemahan sahabat itu, supaya mereka akan 


memutuskan sillaturrahim. Tetapi apabila kita memandang dari satu sudut 


yang lain, YA, sememangnya apa sahaja yang kita lakukan dan kita niatkan 


KERANA ALLAH itu pastinya akan diuji terlebih dahulu, untuk membuktikan 


kebenaran KERANA ALLAH itu. Kita akan diuji dan diuji, tidak kira dalam 


persahabatan sekalipun, sehingga kita SEDAR atau KEBAL, bahawa syaitan 


sedang mengganggu RASA hATI kita terhadap sahabat kita. Kemudian, kita 


akan sentiasa menjadi ORANG YANG MEMAAFKAN dan MELIHAT DIRI 


SENDIRI serta berusaha menjadikan diri kita sahabat yang baik, bukan 


menunggu sahabat yang baik datang menawarkan diri, sebab walau macam 


mana baikpun sahabat itu, dia tetap ada kelemahan sebab dia adalah 


manusia. Oleh yang demikian, apabila kita cuba menjadikan diri kita 


sahabat yang baik, Allah swt akan sentiasa menganugerahkan kepada kita 


SAHABAT yang baik, solehah, dan muslehah, untuk menjadi cerminan 


keperibadian kita. Walau apapun, kita sama-sama perlu sentiasa bersangka 


baik (serendah2 ukhuwah), meraikan persamaan, dan menerima perbezaan. 


^_^.....Bukan senang nak masuk syurga, bukan senang nak masuk syurga, 


bukan senang nak hindarkan diri dari masuk neraka..... apabila kita 


inginkan satu kejayaan, jalannya bukan seperti hamparan permaidani 


merah, tetapi, dihampar dengan pelbagai onak dan duri, kerana itulah, 


Penghuni-Penghuni Syurga bukanlah sebarangan orang, tetapi, mereka 


yang telah terpilih, dan berjaya mengharungi ONAK & DURI itu....Ya Allah, 


pilihlah kami menjadi salah seorang penghuni SYURGA-MU, kerana kami 


tidak sanggup menghadapi panasnya bahang API NERAKA-


MU...T_T....maafkan daku sahabat-sahabatku.UHIBBUKUNNA FILLAH


hasil nukilan~Wan Nadhirah Wan Zaim,,(sahabatku)









No comments:

Post a Comment